Bak mentari pagi terbit dari ufuk gunung berkabus,
Membangunkan kehidupan yang lena dengan sinar cahayanya,
Menyimbah padang nan menghijau dengan kerlipan pancawarna,
Memantulkan bayangan megah dalam gulungan ombak lautan,
Ku bangun dengan gembira,
Senyum menguntum di bibir,
Tatkala aku memandang jauh pada jendela,
Kerana ku tahu,
Hari baru telah tiba.

No comments:
Post a Comment